“ADWARE ALERT: Trend bahaya Yang Semakin meningkat Naik”

Apa yang saya baca serangan malware Naik secara mendadak sehingga 300%.Jesteru itu kita tak perlu fokus Jauh Lagi Seperti spaywere Dan ransomeware mahupun trojan yang lebih kompleks.kita start dengan virus asas dulu yang merupakan Pintu masuk Dari segala virus iaitu ‘Adware’.

Sejak akhir-akhir Ini boleh dikatakan hampir setiap Hari Kami Pegang Telefon pelanggan untuk membersih virus sahaja Di ‘Mai Repair Gadget’ iaitu kedai Kecil main Pomen-pomen telefon Di teratak kotak Kecil Simen di Taman Uda Jalan Sultanah,Alor Setar.

Yang paling Kerap kena virus adware ni Pula adalah golongan berusia makcik dan pakcik antaranya berumur 40an Dan Ke atas.

Golongan muda mudi pun tidak terkecuali ada juga tapi tak ramai kadang-kadang Dan jarang-jarang Pramlee kata antara sebabnya mereka sedikit sebanyak paham serba sedikit asas teknikal menggunakan Telefon bimbit atau smartphone.

Yang paling Kerap berlaku Dan membimbangkan sedikit adalah golongan mak ayah Kita Dan Kita sendiri mengikuti apa Yang terjadi Di Mai Repair Gadget.Golongan mak ayah 40an Dan Ke atas mempunyai ekonomi Yang Baik sikit jadi target utama perisian-perisian Dan panggilan berniat Tidak baik ini menyasarkan mereka.

Jadi Kita orang muda-muda kena ambil cakna hal ini agar Keluarga Sedara mara Kita tidak terkena atau masuk perangkap mereka.

Tapi kadang-kadang mereka tak salah pun, tak download pun tapi akibat anak-anak Kecil, cucu cicit Yang take over atau ambil alih menerajui Telefon mereka,maka macam-macam lah download Seronok lain macam budak-budak ni tanpa usul periksa dahulu seperti Applikasi game Dan sebagainya tanpa kawalan membuatkan telefon mereka mengundang virus adware masuk dengan iklan popup Yang tanpa henti serta iklan pelik-pelik mula muncul pada paparan skrin telefon.

Apa Yang terjadi mereka mulalah panik Dan gelabah kerana kebiasaanya keluar iklan bukanya iklan biasa tapi iklan pelik-pelik Yang membuatkan pandangan kurang baik untuk anak-anak Kecil mahupun orang dewasa Yang melihat.

Sekarang smartphone bukan Lagi benda asing, ia Sudah jadi alat keperluan ramai orang, tak Kira apa golongan umur terpaksa juga Guna ,jika nak lakukan transaksi dengan pihak kerajaan,pihak bank ,terima bantuan online Dan sebagainya Perlukan internet atau smartphone pada Zaman Sekarang.

Ini Adalah kerana Dunia hari ini yang hampir sepenuhnya memerlukan penggunaan berasaskan internet Dan Applikasi Dari Google play store atau apps store amnya untuk berurusan secara maya Dalam kehidupan Harian.Tanpa internet Kita Sukar nak berurusan dengan pelbagai pihak.

Berbalik kepada yang paling Kerap terkena virus adware ini Adalah golongan 40 an Dan keatas dan apa sebabnya?…
Antara sebab utamanya Adalah generasi ini baru masuk Fasa awal Penggunaan Teknologi masa kini Dan selok belok berkenaan Teknikal ini mereka Masih Belum mahir Dan kurang asas teknikal amnya tentang gadget mahupun smartphone.

Point Yang Pertama ,mereka juga kebanyakan kurang paham berkenaan setting apps,setting permission,janji boleh next Dan next sahaja asalkan Applikasi berjaya dipasang pada Telefon mereka tanpa soal selidik dahulu apa Yang Perlu Dan tak perlu untuk Kita pasang pada telefon.

inilah yang boleh mendatangkan bahaya pada Telefon Kita sebenarnya jika Kita hanya tekan tanpa menbaca serta SYARAT nak pasang sesuatu Applikasi Dan tengok Komen tentang prestasi Applikasi tersebut samada baik,cemerlang ataupun prestasi Yang ramai orang komplen.

Point Yang ke 2 pula adalah disebabkan mudah percaya pada tawaran ‘PERCUMA’ apa sahaja perkataan Percuma ramai Akan ambik perhatian termasuk saya maklum lah Sekarang zaman-zaman hidup keras ni, tapi kalau Kita tak berhati-hati boleh mengundang Lagi bahaya sebenarnya dengan perkataan Percuma ataupun Jualan murah amnya.Mereka Akan mengekploitasi Kita dengan Cara ini untuk menarik perhatian Dan emosi Kita.

Dan Point ke 3 pula Hari ni ramai orang jarang buat atau kurang PEKA adalah tidak kemaskini Persian terkini Yang membolehkan sesuatu Applikasi berada tahap keselamatan Yang maksimum.
Dan yang terakhir Adalah berkenaan ilmu pengetahuan berkenaan Keselamatan cyber atau internet security.Ramai Yang buat mudah kerana anggap semua Applikasi free ini selamat,sebenarnya applikasi-applikasi kebanyakan Di kawal oleh pihak Ketiga,keempat kelima Dan sebagainya.

Bila mana banyak tangan Applikasi itu diurus tadbir maka ianya agak Risiko Dan tambah Pula syarikat tersebut Kita tak tahu latar belakang tentang perniagaan mereka berdaftar mahupun Tidak untuk membangunkan sesuatu Applikasi mengikuti polisi Dan undang-undang siber Dan protokol Yang sah.

ini kerana jika Kita Guna internet pada masa kini perlu Ada sedikit asas Dan pemahaman tentang penggunaanya.Tanpa ilmu Kita mudah diperdaya oleh orang-orang Yang nak ambil kesempatan terhadap kita bak kata mereka mudah cilok Kita tang Kona orang Kedah kata.

Adware Yang sebenar Adalah Persian popup atau Applikasi pelik keluar secara Kerap tanpa henti ini dibina untuk pelbagai Tujuan dan ia merupakan Pintu masuk utama untuk menceroboh Maklumat peribadi Kita data Privasi kita serta pelbagai Lagi Tujuan berniat Tidak baik terhadap Telefon Kita atau Maklumat Kita,tapi kebanyakan adware ini Adalah untuk menjana wang melalui Setiap paparan iklan tapi jika Beri akses lebih kepada mereka,mereka boleh buat macam-macam orang Kedah kata Dan akai lepa lebih panjang.

Setakat ini dulu untuk pengenalan untuk adware ini kalau takda apa-apa saya Akan terus ulas Dan bercerita Mengenai virus adware ini Dan Cuba ubah mindset daripada ianya dianggap kompleks teknikal kepada senang paham insyaallah Supaya Kita semua Sedar Akan Kepentingan ilmu Keselamatan asas Teknologi masa kini.

Akhir sekali Kalau Ada offer terlalu murah perkataan ‘Percuma’ atau link meragukan ataupun perisian-perisian tak dikenali siasat dulu betul atau Tidak,samada mee disebalik udang ataupun udang disebalik mee dan semoga berhati-hati jika Ada Rasa tak kena lari cepat-cepat jangan tekan-tekan Dan pandang lama-lama kais cepat-cepat jangan sampai melekat Dan buang jauh-jauh Applikasi itu.🔐
Terima Kasih kerana sudi membaca💪
#mairepairgadget #telefonbersih #bebasadware

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *