Blog/Knowledge Hub
Knowledge hub cybersecurity mesra pengguna – khas untuk pengguna telefon di Malaysia.
🔒 Keselamatan Digital → [Lihat Artikel] | 📱 Tip Penjagaan Telefon→ [Lihat Artikel] |
🌐 Bijak Internet→ [Lihat Artikel] | ⚡ Tok Cuci Quick Guide→ [Lihat Artikel] |
INFORMASI PENGENALAN TENTANG “ADWARE“
9 September / 2025 / 7:22 AM
Apa Itu Adware?

Adware adalah sejenis perisian yang secara automatik memaparkan atau memuat turun iklan pada komputer anda. Nama “adware” berasal daripada gabungan perkataan “advertisement” (iklan) dan “software” (perisian).
Bagaimana Adware Berfungsi?
Adware biasanya masuk ke dalam komputer melalui:
Perisian percuma –
Terbungkus bersama program yang anda muat turun
Email spam –
Melalui lampiran yang mencurigakan
Laman web tidak selamat –
Pop-up yang meminta anda klik
Perisian bajakan –
Program haram yang mengandungi adware
Tanda-Tanda Komputer Dijangkiti Adware
Anda mungkin mengalami masalah berikut:
Pop-up iklan yang berterusan muncul
Pelayar internet menjadi perlahan
Homepage bertukar tanpa kebenaran anda
Toolbar baru muncul pada pelayar
Komputer berjalan dengan perlahan
Adakah Adware Berbahaya?
Walaupun adware tidak sejahat virus komputer, ia tetap boleh:
Melambatkan prestasi TELEFON DAN KOMPUTER
Mengumpul maklumat peribadi anda
Mengganggu aktiviti browsing
Membuka pintu untuk malware lain
Cara Mengelakkan Adware
Ikuti tips mudah ini untuk perlindungan:
1. Berhati-hati Semasa Memuat Turun
Hanya muat turun dari sumber yang dipercayai
Baca terma dan syarat sebelum installElakkan perisian percuma yang mencurigakan
2. Gunakan Antivirus Terkini
Pastikan antivirus sentiasa dikemas kini
Jalankan scan berkala pada komputer
Aktifkan perlindungan real-time
3. Berhati-hati di Internet
Jangan klik pop-up yang mencurigakan
Elakkan laman web tidak selamat
Gunakan ad blocker pada pelayar
Cara Membuang Adware
Kesimpulan
Adware mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi ia boleh mengganggu pengalaman menggunakan komputer anda. Dengan mengambil langkah berjaga-jaga dan menggunakan perisian keselamatan yang sesuai, anda boleh melindungi diri daripada ancaman ini.
Ingat, pencegahan sentiasa lebih baik daripada rawatan. Sentiasa berhati-hati semasa melayari internet dan memuat turun perisian baru.
Artikel ini bertujuan untuk memberikan maklumat asas tentang adware. Untuk perlindungan yang lebih komprehensif, dapatkan ebook di Pusat Jualan Telefonbersih.com
INFO KESELAMATAN DIGITAL UNTUK GOLONGAN 40+
31 Ogos / 2025 / 9:00 AM
CYBERSECURITY info versi PAKCIK DAN MAKCIK

ADWARE buatkan kerugian sekitar RM2.3 Billion
Ini Adalah laporan Salah sebuah suratkhabar di Malaysia Yang membuatkan Kita sedikit risau Akan kehadiran virus adware dalam komuniti Kita Yang saban Hari semakin meningkat dengan peningkatan arus Penggunaan Teknologi digital.
Dan yang paling banyak cara ia memerangkap mangsa adalah dengan cara yang hampir Sama.Dadipada hasil perbualan dengan mangsa kita dapati kebanyakan mereka jawab begini:
“Saya download saja apps ‘Percuma’ tu tapi tak
sangka sampai jadi begini”
ini Adalah skrip sama Kita dengar daripada mulut kebanyakan orang akibat terkena virus adware.
Sekarang ni Adware bukanlah kes terpencil lagi tapi ia dah jadi satu Epidemic yang membimbangkan kita rakyat Malaysia Yang Semakin Kerap menggunakan smartphone untuk tugas Dan aktiviti Harian.
Dan Yang lebih membimbangkan lagi kemungkinan Kita Pula dijadikan target seterusnya mereka jika Kita cuai dan tak berhati-hati tentang penjagaan telefon Yang betul serta maksimumkan keselamatan. telefon.
Dan Adakah Kita bersedia tentang ini?
ayuh mari tambah sedikit ilmu asas kemahiran Teknikal tentang Penggunaan Telefon bimbit secara selamat Dan ilmu Keselamatan digital mengikut peredaran zaman Yang Semakin mencabar.
Apa tidaknya daripada data yang didapati Dan dianalisis kebanyakan berpunca daripada 3 kekerapan atau terowong cara adware menyelinap masuk mempergunakan mangsa Yang Kita sendiri kurang cakna hal Seperti ini iaitu:
1.Pasang Applikasi daripada link WhatsApp atau telegram Yang tidak sahih.
2.Baucer atau iklan Percuma Yang menarik perhatian untuk mencuba
3.Applikasi Yang meminta akses kebenaran Yang Tidak sepatutnya Seperti Applikasi kakulator tapi Minta kebenaran camera.
Secara jujurnya ia bukanlah terlalu Sukar untuk kita kenal Dan pahami fungsi adware dicipta tetapi dengan hanya strategi perangkap emosi+sedikit ilmu Teknikal Yang membuatkan Kita terpedaya dengan taktik licik mereka dan kemahuan mendesak Kita untuk mencuba propaganda Applikasi Yang ditawarkan.
Antara ayat Yang sering Kita dengar juga Adalah Seperti:
sila share Maklumat ini Dan Anda Akan menang Hadiah Harian berupa Wang ringgit xxxx ataupun anda akan dapat imbuhan pakej percutian Dan lain-lain Lagi sebenarnya Bukan Hadiah tapi Adalah perangkap sebenarnya.
Jadi pastikan Kita tutup lorong-lorong Adware masuk dan berfikir dua tiga kali sebelum tekan link perkongsian daripada kenalan dan sebagainya.Bagi saheh dulu jangan terus tekan Dan sentiasa tambah ilmu pengetahuan berkenaan Keselamatan digital Dalam talian ataupun internet.
Sekian Terima Kasih kerana membaca
#bebasadware #TelefonBersih #mairepairgadget #KeselamatanDigital #cybersecurity
BLOG TELEFONBERSIH.COM
2 September / 2025 / 9:00 AM
Selamat Datang ke TelefonBersih.com
Panduan & Keselamatan Digital

Pernah tak anda guna telefon tiba-tiba keluar iklan pelik atau popup yang mengganggu?
Ramai pengguna Android dan iPhone berdepan masalah adware, virus telefon, dan aplikasi mencurigakan tanpa kita sedar.
Di sinilah TelefonBersih.com diwujudkan sebagai blog knowledge hub keselamatan digital untuk membantu anda menjaga telefon supaya kekal bersih, laju dan selamat serta bebas daripada ancaman digital masa kini.
Apa Itu TelefonBersih.com?
TelefonBersih.com ialah sebuah blog dan laman web yang fokus kepada topik keselamatan telefon pintar, privasi data, dan cara menghilangkan iklan pelik seperti(adware). Semua artikel ditulis dengan bahasa mudah faham supaya sesuai untuk semua peringkat daripada pelajar, pekerja pejabat, hinggalah pakcik makcik di kampung.
Apa Yang Anda Akan Belajar?
✔ Cara kenal pasti tanda telefon dijangkiti adware atau virus.
✔ Langkah mudah hilangkan popup iklan di telefon Android.
✔ Panduan menjaga privasi & elak daripada aplikasi mencurigakan.
✔ Tips keselamatan digital harian untuk elak scam, phishing & data bocor
Kenapa Blog Ini Penting?
Hari ini, telefon pintar sudah jadi keperluan utama. Bila telefon dijangkiti adware, ia bukan sahaja mengganggu kelajuan, tapi juga membahayakan data peribadi. Blog ini diwujudkan untuk memberi solusi mudah & praktikal supaya anda boleh guna telefon dengan tenang
Jika anda nak telefon kekal bersih, selamat dan bebas iklan pelik, jangan lupa ikuti artikel artikel terbaru di TelefonBersih.com.
➡️ Telefon bersih, hidup pun lebih tenang
IKLAN PELIK
24 Jun / 2025 / 1:00 PM
Pakcik Malu Sebab Telefon Keluar Iklan Lucah

Beberapa bulan lepas ada seorang pakcik datang ke kedai saya. Muka dia nampak risau sangat. Dia kata”
“Bang… saya nak tanyalah… telefon saya ni banyak keluar iklan pelik-pelik.?Tengah duduk dengan cucu, tiba-tiba keluar iklan lucah. Malu lah saya, sampai tak berani nak tinggal telefon sat takut terkeluar macam-macam.”
Saya pun ambil telefon dia dan cuba check satu demi satu. Memang betulah pakcik. Telefon tu penuh dengan virus adware iaitu aplikasi iklan tersembunyi yang masuk secara senyap-senyap. Kadang-kadang kita atau pengguna sendiri tak sedar bila benda tu masuk dalam telefon
📌 Apa jadi bila kena adware?
1.Telefon jadi slow & lembab.
2.Bateri cepat drain walaupun jarang guna.
3.Data internet habis laju.
4.Iklan pelik muncul tanpa kita buka apa-apa.
Dalam kes pakcik ni, saya terpaksa buang aplikasi pelik, lepas tu reset balik sistem. Alhamdulillah, telefon dia kembali normal.
Tapi bayangkan kalau pakcik tu biar macam tu saja kemungkinan boleh jadi data bank, gambar peribadi, semua terdedah kepada pemilik applikasi tersebut.
👉 Kesimpulan dari kisah ni:
Ramai orang tak tahu, adware ni bukan sekadar “iklan kacau/pengacau” sahaja tapi dia boleh jadi pintu masuk kepada masalah lebih besar.
Kalau nak tahu cara buang adware sendiri dengan langkah mudah, saya dah tulis satu ebook percuma.