Tentang Kami

“Di TelefonBersih.com, kami percaya setiap telefon pintar anda berhak kekal selamat, bersih dan bebas dari ancaman digital. Telefon pada hari ini bukan sekadar alat komunikasi dan ia menjadi tempat menyimpan data peribadi,transaksi online dan menjadi kunci kepada kehidupan moden.”



Bagaimana Kami Bermula..

TelefonBersih.com bermula daripada satu misi mudah iaitu kami cuba membantu orang ramai atau pelanggan dengan buang virus adware (pengacau skrin), selamatkan data peribadi, dan memastikan telefon kembali laju ketika operasi perniagaan di kedai Mai Repair Gadget di Jalan Hutan Kampung.

Kami juga berpengalaman dalam menyelesaikan masalah pengguna yang keliru dan cemas apabila telefon mereka perlahan atau terkena virus popup sehingga mengganggu paparan skrin telefon atau dalam bahasa teknikal dipanggil virus adware (pengacau) amnya.Ada pelanggan yang sanggup tukar telefon baru hanya semata-mata kerana tidak tahu cara selamatkan telefon yang lama, ada juga yang stress akibat tidak boleh gunakan telefon dengan tenang dan selesa akibat gangguan virus adware tersebut.

Dari situ lahirlah idea TelefonBersih.com ini dengan kami cuba plan serta ciptakan watak ‘Tok Cuci Digital’ sebagai pembantu dalam solusi digital masyarakat hari ini yang semakin hari semakin kerap berlakunya virus spam,scammer dan sebagainya dan yang terbaru pula AI malware.Semoga hasil usaha kami yang tak seberapa ini ada yang dapat manfaat dan sedikit sebanyak ilmu asas teknikal cybersecurity serta dapat membantu masyarakat berkenaan celik digital.Sekian Terima Kasih.

🚀 Misi Kami


Memberi panduan mudah & praktikal kepada pengguna telefon.
Menyediakan produk digital (ebook, videobook, apps) untuk bantu masyarakat kawal risiko.
Membangunkan komuniti “Telefon Bersih” sebagai pusat rujukan ilmu keselamatan digital.
Melahirkan generasi pengguna bijak, tenang & selamat dalam dunia digital.

🎯 Visi Kami


“Menjadi jenama No.1 di Malaysia dalam mendidik & melindungi masyarakat daripada ancaman telefon pintar dari iklan adware (pengacau), scam, malware & kecurian data.”

📱Apa Yang Kami Tawarkan?

Artikel yang mudah faham tentang scam, virus & tips penjagaan telefon
Panduan langkah demi langkah (Quick Guide Tok Cuci Digital)
Kami sediakan ebook, videobook, panduan & nasihat khas supaya orang ramai boleh urus telefon dengan bijak.

⭐Kenapa Pilih Kami ?

Bahasa mudah langkah demi langkah dan terus kepada masalah pengguna.
Fokus kepada isu tempatan (scam, virus, jenayah digital di Malaysia).
Percuma untuk bermula dan bernilai untuk semua.

🔒Nilai Kami ?

Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.
Ilmu Mudah Hadam untuk semua lapisan masyarakat.
Komuniti Selamat – bersama kita elak ditipu & diserang scam.

💡Perjalanan Kami

December 1, 2006

Pendidikan

Lulusan Ijazah Sarjana Muda (Pembangunan Perisian dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah(Polimas)

December 1, 2006
January 1, 2008

Programmer Sistem e-Tanah Pulau Pinang

Membangun dan mengurus sistem,server e-Tanah
Penceramah sistem e-Tanah Modul Pelupusan dan Pemberimilikan

January 1, 2008
January 1, 2013

Pusat Service Netbook 1 Malaysia

Membaiki Netbook 1 Malaysia Taman Tunku Maheran Jitra Kedah serta mula membaiki telefon bimbit dan tablet.

January 1, 2013
January 1, 2017

Langkawi Phone Repair

Kedai Repair Telefon dan Laptop di Lubok Setol Langkawi serta menghadiri kursus dengan MARA Langkawi Baik Pulih Telefon Bimbit asas software android.

January 1, 2017
January 2, 2019

Mai Repair Gadget Taman Hidayah (Jalan Hutan Kampung)

Repair Telefon Tab dan Laptop serta software Android IOS
Mula start pegang telefon customer yang mempunyai masalah virus hack,scammer dan lain-lain

January 2, 2019
January 1, 2019

Mai Repair Gadget Taman Uda (Jalan Sultanah)

Repair telefon.laptop dan tablet serta mula buatkan model draf cara tangani virus adware untuk membantu pelanggan yang mempunyai virus popup yang mengganggu sistem telefon dengan cepat dan cekap.

January 1, 2019
June 1, 2025

Telefonbersih.com

Mula bangunkan sistem telefonbersih.com untuk modul pembelajaran berkenaan Virus Adware,Spywere dan Ransomware dengan pengalaman yang ada serta cuba menghasilkan ebook dan videobook dengan panduan mudah mengikut perkembangan teknologi semasa

June 1, 2025
July 1, 2025

Team Telefon Bersih.com

Mohd Zaki Zamani Bin Shirat (Manager)

Mohd Abdul Rahim Bin Mahazer (Supervisor)

July 1, 2025